Wednesday, March 19, 2014

My Secret

- by Rei Satoru -

Sinopsis

   Rancangan yang dibuat oleh ibu bapanya untuk mengahwinkannya dengan anak kepada kawan ibu bapanya telah membuatkannya tersentap. Larissa Rosemary Teressa, anak tunggal kepada Maxwell Aidan dan Julianna Mizuki. Berumur 22 tahun. Keluarganya amat kaya. Bapanya 
merupakan pengarah Aidan Company, iaitu syarikat kepunyaan moyang Teressa. Ibunya pula merupakan pengarah Mizuki Corporation yang sememangnya ada di White Crystal itu.


   Larissa Rosemary Teressabekerja sebagai pembunuh upahan  secara rahsia tanpa pengetahuan ibu bapanya. Disebabkan keluarganya amat kaya, Teressa telah membeli sebuah rumah banglo mewah 3 tingkat dan mempunyai tingkat bawah tanah. Didalam dunia pembunuh upahannya, Teressa dikenali sebagai Heiris. Semasa majlis perkahwinannya berlangsung, Teressa baru menyedari bahawa bakal suaminya ialah salah seorang buruan WR (Warning Red). Sebagai langkah berjaga-jaga, Teressa tidak memperkenalkan dirinya sebagai Heiris dari Warning Red. Warning Red merupakan suatu kumpulan yang bergerak secara rahsia dan kewujudannya juga adalah rahsia. Warning Red mempunyai 6 orang ahli. Warning Red ialah jalan mati untuk kesemua penjenayah-penjenayah antarabangsa yang tersenarai didalam Warning Red black list. Mereka dilatih untuk menjadi seorang yang profesional dan cekap menembak dengan tepat.

   Adrian Alexis Jonathan, berumur 22 tahun. Alexis merupakan seorang ketua gengster yang digeruni. Ibu bapanya tidak pernah mengetahui apakah pekerjaan Alexis. Ibu bapa Alexis, iaitu William Phoenix dan Marissa Clara ialah kawan kepada ibu bapa Teressa. Keluarga Alexis dan Teressa ialah kerabat diraja. Keluarga Alexis sendiri ialah kerabat diraja White Crystal manakala keluarga Teressa merupakan kerabat diraja Jepun. Alexis adalah orang yang bakal mengahwini Larissa Rosemary Teressa. Alexis tidak tahu bahawa dia sedang diperhatikan dan dia juga tidak mengetahui identiti sebenar bakal isterinya itu. Didalam dunia gengsternya, Adrian Alexis Jonathan terkenal dengan nama Keizo. Alexis mempunyai rupa paras yang sangat hensem dan mampu mencairkan hati ramai gadis. Dengan rupa paras itu, dia berjaya mengelakkan diri dari ditangkap oleh pihak polis.

“Siapa sebenarnya kau, Larissa Rosemary Teressa?” – Alexis / Keizo

“Kau fikir aku senang-senang ke nak bagitahu identiti aku? Memang taklah!” – Teressa / Heiris

“Biar aku teka. Kau mesti pembunuh upahan yang terkenal dengan nama Heiris, kan?” – Alexis / Keizo

“(Damn! Macam mana dia tahu?!) Tak! Aku tak ada kena mengena dengan pembunuh upahan.” – Teressa / Heiris
 

   Apakah kesudahannya? Mampukah Larissa Rosemary Teressa a.k.a Heiris memyempurnakan tugasan barunya itu? Adakah Adrian Alexis Jonathan a.k.k Keizo mengetahui identiti sebenar Teressa?